Di Mana Ada Kemahuan Di Situ Ada Jalan

Friday 18 November 2011

KATEGORI MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS

Kategori dan ciri-ciri kanak-kanak khas bermasalah pembelajaran.
1.       Autisme
·         Ketawa dengan tiba-tiba
·         Mengulagi perkataan yang disebut oleh orang lain.
·         Tidak mengenali bahaya
·         Tidak merasai kesakitan
·         Menangis dan marah tanpa sebab
·         Permainan luar biasa
·         Tidak mahu didakap
·         Tidak dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain
·         Berkelakuan seperti orang pekak
·         Tiada perhubungan mata bila bercakap
·         Memutar barang
·         Tidak mahu menerima pelajaran biasa
·         Mengigit kuku, hisap jari dan mencederakan diri
·         Takut  dan suka bermain dengan jari

2.       Sindrom Down
·         Mulutnya biasa terbuka dan tidak tutup rapat
·         Lidah tebalk, kasar dan pendek serta cenderung terjelir
·         Mata sentiasa berair dan merah
·         Mata sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian mata.
·         Bentuk muka yang kecil dan bahagian kepala leper
·         Tangan yang lebar dan pendek serta terdapat garisan pada tapak tangan yang melintang
·         Majority berambut lurus dan lembut
·         Jari yang lebar dan pendek serta berbanggol
·         Badan yang agak bongkok
·         Suka bermanja, bermain dan gembira
·         Dapat bergaul dengan baik
·         IQ dinatara 30 hingga 80
·         Kecacatan dapat dikesan selepas lahir

·         Cacat akal ringan
·         Adiot-tidak dapat melindungi diri sendiri daripada bahaya fizikal dan mungkin mencederakan diri sendiri
·         Imbersil iaitu tidk boleh mengurus diri sendiri tetapi boleh dilatih
·         Moron iaitu perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas, perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa dan lambat berjalan
·         Lembap iaitu lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan situasai sekolah biasa


·         Cacat akal berat
·         Kesukaran ketika makan dan selalu muntah
·         Mengigit sesuatu dalam mulut dan tidak mahu mengeluarkannya
·         Ait liur yang meleleh tanpa kawalan
·         Sukar bernafas
·         Sukar tidur dan berjaga di waktu malam
·         Selalu menangis
·         Sukar bercakap dan memahami
·         Suara terlalu lembut,mengau atau sengau
·         Tidak menoleh jika dipanggil dan tidak bertindak terhadap bunyi
·         Kebingungan pada cahaya lampu, bunyian dan sentuhan
·         Tidur yang berlebihan
·         Kanak-kanak pendiam dan menyendiri

·         Hyperaktif
·         Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan
·         Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna
·         Tidur yang tidak tetap
·         Terlalu kerap menangis atau ketawa
·         Sukar beri tumpuan terhadap permaian dan kerja yang dilakukan
·         Mengubah aktiviti atauvtindak secara mengejut
·         Mudak mengamuk bila kehendaknya dihalangi
·         Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi demgan rakan sebaya

·         Hypoaktif
·         Murung dan menyendiri
·         Aktiviti fizikal yang pasif
·         Tiada respon pada persekitaran
·         Suka termenung
·         Suka bersendirian
·         Suka berkhayal
·         Spastik
·         Sejenis kecacatan atau ketidaksempurnaan anggota tubuh badan
·         Tidak mencapai obkjek yang ditunjukkan
·         Tidak berupaya mengangat badan
·         Tidak berupaya berpijak atau berdiri
·         Tidak bermaya memegang objek
·         Tidak berupaya mengurus diri


8.       Pintar cerdas
·         Kebolehan luar biasa
·         Mempunyai masalah psiko-sosial seperti masalah kelakuan dan emosi
·         Pergaul dengan kanak-kanak lain
·         Perkembagan bahasa yang lambat
·         Perbendeharaan kata yang kemas
·         Tidak perlukan tunjuk ajar yang banyak ketika belajar
·         Bertanya soalan yang banyak
·         Suka bergaul dengan orang yang lebih tua
·         Suka mencari helah

Thursday 17 November 2011

SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

Takrif Sekolah Khas
Pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui:
·         Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.
·         Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.
Di antara program yang ditawarkan ialah:-
Prasekolah
Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:
berumur 6+ hingga 14+ tahun 
disahkan oleh pengamal perubatan 
dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
Pelajaran Rendah
Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:
berumur 6+ hingga 14+ tahun 
disahkan oleh pengamal perubatan 
dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain
Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma. Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.


Pelajaran Menengah
Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:
Berumur 13+ hingga 19+ tahun 
disahkan oleh pengamal perubatan 
dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain 
Pelajaran menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik dan vokasional.
Pendidikan Teknik dan Vokasional
i) Sekolah Khas
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan elektif mata pelajaran vokasional (MPV) manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia.
ii) Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pendengaran
·         Sekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor Baru
·         Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah
·         Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor
·         Sekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, Perak
·         Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan
·         Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah
Tempoh Pengajian
Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun. 
Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun. 
Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sarna ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.
Sumber Maklumat: Kementerian Pelajaran Malaysia

Monday 17 October 2011

Pendidikan Khas


Pendidikan khas merupakan perkhidmatan dan kemudahan pendidikanyang disediakan untuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. 

Kategori individu kurang upaya yang perlu mengikuti program dan perkhidmatan pendidikan khas terdiri daripada mereka yang mengalami :-  
  • Kecacatan mental (mental retardation)
  • Bermasalah pembelajaran (learning disabilities)
  • Gangguan emosi dan tingkah laku (emotional and behavioral disorder)
  • Gangguan komunikasi – pertuturan dan bahasa (communication – speech and language disorder)
  • Hilang pendengaran (hearing loss)
  • Hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah (blindnees or low vision)
  • Kecacatan fizikal (physical impairments)
  • Golongan pintar cerdas (giftedness

Pendidikan khas dalam konteks Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui sekolah khas untuk murid-murid :-
v 
  • Bermasalah penglihatan 
  • Bermasalah pendengaran

Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas :-

  • Bermasalah pembelajaran
  • Pendengaran
  • Penglihatan
v  
Program pendidikan khas integrasi diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Program pendidikan khas yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melibatkan pendidikan peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Pendidikan peringkat menengah menyediakan dua jenis aliran iaitu akademik dan teknik atau vokasional. 

 
Manakala tempoh pengajian bagi murid-murid berkeperluan khas sekolah rendah selama enam tahun, sementara bagi sekolah menengah selama lima tahun. Namun demikian, tempoh tersebut boleh dilanjutkan sehingga maksimum dua tahun mengikut keperluan murid-murid berkenaan.